
SETIAP yang bergelar
pemimpin pastinya mempunyai paradigma atau visi tersendiri hasil daripada
pengetahuan dan pengalaman yang dilalui sebelum berada di Level atas.
Pemimpin yang mempunyai kewibawaan yang tinggi melihat kebersamaan sebagai
penentu serta tunjang terhadap pencapaian sesebuah organisasi. inilah agen
perubahan yang mencorak pelan strategik yang lebih mampan dalam memastikan pengurusan
penyampaian yang tangkas dan berprestasi.
Namun begitu, pemimpin yang bijaksana tidak melakukan perubahan secara drastik
tetapi memperhalusi terlebih dahulu ruang-ruang penambahbaikan yang perlu
diberi keutamaan.
Kecil
atau besar sesebuah organisasi pasti berhadapan cabaran tersendiri. Semakin
besar sesebuah organisasi semakin rumit corak pengurusan terutama sekali dalam
menguruskan sikap manusia.
Ini kerana latar belakang dan kompetensi setiap kumpulan kaki tangan adalah
berbeza. Sebagai pihak yang mengurus, kompetensi ini perlu dikenal pasti supaya
setiap kaki tangan dapat menjalankan peranannya secara efektif dan tidak
mengambil sikap.
Bergerak
secara individu tidak memungkinkan keberhasilan yang diharapkan maka kakitangan
yang ada perlu disinergikan secara holistik.
Melalui pembudayaan atau kebersamaan akan dapat
menterjemah serta mencapai objektif yang telah dirancangkan. Antara kaedahnya
adalah melalui komunikasi dua hal yang berkesan dari semasa ke semasa.
Aspirasi
organisasi perlu disampaikan dengan jelas supaya kakitangan merentas peringkat
memahami peranan yang perlu digalas.
Prestasi semasa perlu diukur dan maklum balas dari kaki tangan perlu diperoleh
bagi memastikan perancangan tidak tersasar dari landasan.
Sesi
keterlibatan bersama kaki tangan perlu dibuat secara berkala. Pemimpin yang
cemerlang akan bergerak bersama-sama pasukannya bukan semata-mata memberikan
arahan dan hanya menunggu hasilnya.
Kaki tangan yang didengari, dihargai idea serta pandangannya pasti meraikan
semangat kebersamaan dan berusaha merempuh dan memecah segala tembok yang
menghalangi.
Dalam era digital yang serba mencabar dan penuh ketidakpastian ini, kita
dituntut untuk mengeratkan kerjasama serta disiplin supaya dapat menyumbang
kepada penyelesaian masalah yang lebih besar.
Apabila semua memainkan peranan akan organisasi seperti akar dengan pokok. Akar
yang kuat akan menyokong pokok menghasilkan daun, bunga dan buahnya. Inilah
yang dinamakan kebersamaan saling menyokong dan memberi manfaat antara satu
sama lain.
Setiap hasil yang dituai dari usaha secara bersama bukan saja membantu
kesinambungan sebuah organisasi malah juga menjadi jariah berpanjangan serta
pahala yang mengalir bagi setiap penyumbang serta pelaksananya.
Kebersamaan kita adalah penentu masa
akan datang sehingga, kebersamaan itu harus dikuatkan, jika kita berpisa
runtulah kita karena harus HARAPAN dari pada kebersamaan itu harus ada.
